Wednesday, November 8, 2017

Pertanyaan yang selalu ditanya selepas couple berkahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni nk cerita pasai soklan2 popular selepas ja kedua mempelai kawin..
ahaa.. apakah soalan2nya?
jeng jeng jenggg.. jom kita tengok : -

  • Dah ada anak kaa?
Ni soalan paling fofulerrrr weih! ni la soalan yang ceq dapat setelah 1 bulan bkahwin.. ok, 1bulan ok! hehe. tapi ceq cool ja sebab kena slalu ingat semua takdir, jodoh, tarikh mati, rezeki untuk smua orang berlainan. Dan rezeki orang tak sama baq hang.. jadi soalan ni ekceli sangat fofuler dalam kalangan makcik2 bawang terutamanya makcik2 dalam kalangan keluarga sebelah laki  @ perempuan. hehe.
Tips nk jawab soalan ni? senang ja.. "Inshaa Allah ada, tolong doakan.." sambil senyum2 okey. Jadi nanti si penanya tu pun segan la nk tanya lebih2.. kalau dia tanya lebih2 hampa lari la pi buat kalut kat dapoq ka apa..sebab apa? sebab org mcmni jenih x gheti nk hormat org len..haha drpd kita sakit ati, jom kita buat pahala len.. :P

  • Dah keja ka?? (untuk isteri)
Nak sedap lagi soalan ni, tambah ngan ayat ni, "takkan dok rumah ja, blajaq teruk2"
Biaqlaaaa dia nk duduk rumah, mana tau kalau suami dia mampu n tak bagi dia nk reja n fokus pada anak2 ja ? ha kan ada point situ.
Tak pun, dia ekceli tgh struggle cari reja, intebiu sana intebiu sini tapi still xdak rezeki.
Dok komplen sangat.. awat makcik ja tak carikan kerja untuk saya? :P

  • Takkan anak sorang je? (bila dah ada anak sorang)
Soalan ni kesinambungan daripada soalan pertama tadi.. bila dah ada anak, kalut pulak nk suruh tambah sorang lagi.. mmg makcik bawang btoi..

  • Duduk rumah sewa ke beli? (Untuk  yang menetap di bandar)
  • Berapa rega rumah? (untuk yang dah ada rumah sendiri)
  • Kereta hutang lagi ke dah habis bayar? (Untuk yang pakai kereta lama)
  • Rumah dah beli ka? (untuk yang beli kereta dlu sebelum rumah)
Sesungguhnya manusia ni tak perfect dan semuanya tidaklah berjalan seperti yang dirancangkan.. jadi ada perkara yang boleh dikawal, ada perkara yang tak boleh dikawal untuk dapatkan nya..
Jadi untuk yang suka tanya soalan2 mcm atas ni, kalau anda berniat nak tanya2 khabar ja baguslah. Tapi kalau ada niat nak sindir, nak membawang dengan makcik lain pulak.. lupakanlah dan stoppp lah daripada buat dosa2 ni yee.

Tips untuk jawab soalan2 dekat atas ni pulak, mcm ceq habaq tadi, sama ada mintak dia doakan yang baik2 atau buat2 busy kat dapoq/kereta/kemas rumah.
Satu lg cara? Hampa senyap ja bila ditanya soalan2 yang tak favour ni.. sembang ngan makcik lain hehe. atau buat2 tengok wasap walaupun takdak sapa yang wasap..

Sekiann. :D
Smoga Allah merahmati rumah tangga kita dengan kasih sayang yang melimpah ruah.


.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

0 kalam anda: