Thursday, November 18, 2010

jumaat jumaat ")

hari ni hari jumaat..
jom kita berkahfi! :)

.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Sunday, November 7, 2010

Assalamualaikum w b t semua !

cik hanis ada terjumpa satu artikel yang sangat2 indah cerita utk dikongsi bersama.. dan cik hanis mengcopy paste saja la ni. huhu. harap.. dapat membuka ruang nur di hati kita semua insyaAllah..

sungguh takut azab Allah itu..


-start-


Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.


"Allahumma nakhtim 'alaina bi husnil khatimah.. wala takhtim 'alaina bi suuu il khatimah"


.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Friday, November 5, 2010

.


Jadikanlah tempat dudukmu sejadah,
senjatamu tasbih,
bukumu Al-Qur’an,
lisanmu untuk memuji,
aqalmu untuk bertafakur,
mata untuk menangis dan hatimu Allah..
tujuanmu Allah ,
harapanmu Allah.
Jadilah kekasih Allah,
Allah akan mengabulkanmu..




.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

cantik dunia..

Assalamualaikum..
td cik hanis selongkar2 folder2 yang lama x selongkar.. waktu2 f5 dlu ada capture gmbar nature banyak2. huhu



this one. lovely

during my childhood life,
i've always been looking up into the sky,
wondering..

"kat atas tu ada apa ye?"

"eh.. ada bintang kelip2.. um.. bintang ke planet?"

"cantiknya subhanallah.."

"besarnya.. keciknya sy.."

" knape awan tu terapung??"

"eish.. kalau planet2 tu hentam bumi ni.. xleh byg uih.."

ni la persoalan2 yang slalu tertanya2 oleh cik hanis dlu2.. huhuhu.. mcm2 lg soalan sbnrnya.. tu hnya scebis..

dan dlu kan tau nk guna IE cemana.. huhu , so guna jala.. cari pasal galaxy.. black hole..orde kosmos.. mcm2, nk tau sgt pasal apa yg ada kt atas tu..

semakin membesar, semakin byk tau pasal atas tu..

semakin takut rasa di hati..
semakin merasa kerdil diri ni..
semakin merasa kehebatan Allah Azza Wajala..
semakin merasa kehinaan diri..


"Tidakkah engkau melihat Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk2, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah2nya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran2) es dari langit, iaitu dari gumpalan2 awan seperti gunung2, maka ditimpakanNya (butiran2 es itu) kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan Nya dari siapa yg Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir2 menghilangkan penglihatan"
- surah Annur : 43.

"Dan sungguh, Tuhanmu benar2 memiliki karunia (yg dberiknNya) kpd manusia. ttpi kbnyakan mereka tidak mensyukurinya"
- surah An-naml : 73


Subhanallah.. walhamdulillah..wala ilahaillallah..
wala haulawala quwwata illabillahil 'aliyyil 'azim..

Ya Allah Sang Pencipta sekelian alam..
Tetapkanlah Keimananku kepada Mu..
Jangan Sesekali kau Palingkan aku dr agamamu ya Allah..


.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Tuesday, November 2, 2010

sebuah cerita dari taman dunia..

Assalamualaikum . :)
ptg smlm cik hanis rasa mcm nk berblogging . tp smlm idea jamme xtau nk tulis apa. haha. apa punya turr daa..

(100% written by me)

so here it is.

Al kisah nya, si teruna dan si dara berjumpa di alam cyber, melalui YM la kononnye.

Mula2, yang mengadd nya si teruna lah. dapat contact si dara ? tak tahu dari mana.

"eh mende ni? sapa add ni ?? hmm. accept jela. kot2 kawan lama"

[accept friend request]

[you are now friend with Si Teruna]

"ehhh!! weyh! lame gile kott x contact!"

si dara menyangka si teruna adalah rakan sekolahnya di alam sekolah rndah dlu.

"eh.. awak.. awak silap org kot.. sy x kenal pn awak.. huhu"

"alamak.. eh.. silap org.. "

aha.. dan kemudiannya si teruna dan si dara pun berkenalan la dgn lebih rapat lagi. (mcm xtau je ape kronologi pasni)

selama 1 bulan mereka berkenalan, si teruna pn terpikat pada si dara..

"awak.. awak jgn terkejut tau sy nk bgtahu ni"

"um ? awak ni suspen btulla.. ada apa?? "

"sebenarnya.. sy dah jatuh hati kat awak.. i'm so sorry.. i just cant keep this feeling anymore"

si dara diam sahaja. lama.

"sy.. sy.. sy x minta pd awk suka sy.. sy just nk luahkan sj.."

si dara diam lagi.
teringat yang dahulu nya dia pernah dipermainkan.
teringat pada dahulunya dia pernah di sayangi, dan berakhir dengan MENANGIS.
teringat pada dahulu nya dia pernah menyayangi, tetapi berakhir dengan KEBENCIAN.
teringat pada dahulunya dia pernah di sakiti.

"tetapi apa salahnya aku cuba lagi" (monologue)

suatu hari..

" awak awak.. sy dgn seikhlas hati.. membuka ruang hati ni utk awak"

dan ?? dan ??

dan bermula lah kisah cintan cintun kanak2 ni..

si dara tahu yg perkara yang sama mungkin berulang . tapi dia take risk juga. sayang la katanya..

Semasa Cinta Mula Berputik ;

" awak.. hari ni sy kena marah dengan lecturer.."

"um ?? la.. nape syg.. takpe2.. shh.. im here k? "

" time kasih awak.. sejuk hati sy bile dgn awak "

another scene ~

" awak2.. td sy ada nampak bear kucing.. trus sy tringat kt awk.. awk kan suke kucing.. sy blikan utk awk satu.. sy satu "

" wahh!! sukanye.... time kasih awk.. sy syggg awk sgt2.."

p/s : peh takbleh blah

Semasa Cinta Sudah Mula Melayu;

"truttt truttt.." - tipon bunyi2, si dara tiada di bilik, dia di tandas..

selepas masuk bilik,
"truttt trutt"

"hello.. nape lmbt sgt angkat telefon? mcm xnk ckp je. xnk ckp kasitau jela"

"la.. ni nape marah2 ni.. sy kat toilet td la wak.."

"takpe la. takde mood nk ckp dah.igt td nk borak2 cite itu ini. dah lwat sgt angkat. jd xde mood"

"laah.. ni kalau xnk tpn bek xyah tpn.. org kat toilet kan.."

"klik ! " talian diputuskan.

remuk hati si dara. sampai hati. sungguh pedih.

another scene lagi ~

si dara menelefon si truna pada jam 1 pg.

"truttttttt trrrutt"
"tut tut tut tut" - waiting.

"siapa dia kol time2 mcm ni ?? hm.."

selepas sejam. si dara menelepon si truna.

"helo awak.. td sy ada kol awak.. waiting.. ada kol sapa2 ya ? "

"er.. ya.. td . . td .. "

"siapa kol?"

" er. . "

"kasi tau je.."

"dia"

"oh.. ok.. atas urusan apa ?"

"saja2 tanya khabar."

"ok, salam "

sakit hati si dara.

perlukah malam2 buta begini telefon berdua?

siapa yang telefon? si teruna atau perempuan itu ?

apa tujuan?

dan berbagai2 persoalan di minda si dara.

geram tak terkata dengan ketidak setiaan si teruna.

Semasa Cinta Sudah Tiada;

"kita putus. there is nothing else i can say. im done with you. tak da maknanya kita trus berhubungan kalau perangai awak still mcm ni. endah xendah. kita jaga hati awak tp awk ? awak pernah kasi tau sy awk pernah pgg tangan dia dgn sngaja. awk nk tahu.. ? sy x pernah pegang any guys in my life even i loved them that much. and awak ni barann sgt. sy x dpt btahan la kalau mcm ni punya caranya! "

"ok fine. results sy pn dah jatuh. sbb apa ? sbb awk lah. asyik nk layan feeling sgt ngan sy. buat sy asyik kol awak. lgpon sy dah kata its my past. and we should not think about it anymore. sy bukan mcm dlu dah. ye la, kdg2 sy buat surprise kat awk, tp awk mcm x excited. mana sy x tensyen. penat tau tak buat smua tu."

" then asal buat utk sy ?? dah tau sy mcm ni. i can forgive ok. but not forget. lantak awk ar."

dan bgaduh la sampai esok pagi tulat tungging. haha. memang lawak habis.


Semasa Cinta Tinggal Kenangan;

si teruna ada juga menelefon si dara dua tiga kali,
teringat gamaknya.

tetapi si dara pada masa itu masih lagi menaruh harapan pada si teruna.
tetapi apabila difikirkan balik, sidara merasakan si teruna tidak serasi dengan nya.


dan tup tup tup!

si teruna sudah ada yg berpunya.

si dara agak kesal.. kerana apa ?

"awk dah ada yg punya ?"

"belum. malas mencari. nape tnya ? awk dah ada? "

"belum juga.. belum lagi mahu mencari"

konon ?? konon la si truna tu ckp itu ini , bagi harapan pada si dara .
yg si dara pn bodo p caya la apa yg diperkatakan si teruna. bagus2..


haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sudah2, ni nk crita ja ni..

walau mcam mana pn baik org tu.. jgn caya 100%. nanti jadi la mcm dalam crita kat atas ni. hehe.

syok kan ?

lagipun.. kita pn dah besar, dah boleh fikir sndiri apa baik apa buruk..

kerana..

Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu wahai wanita
“tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita.”

dan...

Rasulullah membawa maksud,
“Sesungguhnya cinta itu buta.”

tapi..

"cinta pada bunga, bunga layu.
cinta pada dunia, dunia lari.
cinta pada manusia, manusia mati.
dan cinta pada Allah, cinta yang paling HAKIKI."

cik hanis hanya ign mengingatkan muslimah2 dan muslimin2 sekalian..

jgnlah kerana seseorg yg bukan muhrim kita, kita lupa pada Allah..

jgnlah kerana seseorg yg bukan muhrim kita, kita jadi alpa..

jgnlah kerana seseorg yg bukan muhrim kita, kita jadi kufur..

masyaAllah., jauhkan lah diri kita drpd anasir2 sebegini ya..


jika diikutkan.. cinta Allah pada kita tak pernah pudar..


ada kalanya kita rasa lapar,
kita jumpa nasi di cafe. di rumah.
dr mana dtgnya rezeki tu ?
Allah yg punya.. Allah yang menggerakkan kaki kita ke cafe.. Allah bg kita nikmat senduk nasi, bubuh lauk dlm pinggan.. itu tanda Allah sayang kita.. ;)

cuba kita bygkan, kita tdor.. kemudian ? kita bgun bgun, sedar2 di iraq.. tgh berlaku pengeboman sana sini..

nk lari mana??

masa tu apa kita igt??

"Allah.. Allah.. Ya Allah.. selamatkanla aku.."

kerana Allah begitu Pemurah pada kita,

apa yang mampu kita bg pada Allah.?

Allah dah bg ter best kat kita,

apa yg terbest kita dah bg kat Allah??

slmt berfikir, dan slamat beramal! :)

p/s :The most fragile part in a girl body is her heart. So, take a good care of it. Its nice to see. Nice to hold. But once broken, considered for ever!

.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Allah Maha Pengasih =)


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,
”Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?”
Rasulullah saw menjawab,”Ya, akan ditulis.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku bertaubat?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku mengulangi lagi?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan ditulis.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.”
Lelaki itupun berkata,”Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?” Rasulullah saw menjawab,”Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun.” - (HR Thabrani dan al-Hakim)



Subhanallah.. :)

Rasulullah SAW pernah bersabda, “ALLAH SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti.” - (HR Muslim)

Subahanallah lagi.. :)

Rasulullah saw melihat seorang ibu memegang anaknya, maka baginda bersabda,"Apakah kalian berpendapat wanita ini tegar melemparkan anaknya ke neraka?" Mereka menjawab,"Tidak." Rasulullah saw bersabda lagi,"Cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi cinta ibu tadi kepada anaknya." - (HR Ahmad)


Sumber Rujukan: Semulia Akhlak Nabi, by Amru Khalid dan Bumi Cinta, by Habiburrahman El Shirazy.

.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Kerana aku ini wanita..

Kerana Aku Wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya.

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.