Wednesday, January 13, 2016

Kesempurnaan Cinta (^,^)

“Tok tok tokkk..”

“ding dong..ding dongg..”

Eh ada orang datang masuk blog kite la.. haaaa, jemput2 masuk.. sila2.. lama x mai menjengah blog kite ni ye.. dah berapa tahun agaknya :?

     Assalamualaikum.. seriously, laamaaa sangat x berkunjung ke blog ni.. sejak2 start masuk U, busy dengan apa pun tak tau.. sebenarnya penulisan ni hobi saya dulu.. sebabnya dengan menulis lah, minda kita boleh mengekspresikan cara yang tersendiri dalam deliver the right massage..


     Jadi.. nak ceritanya life now, secara overall, Alhamdulillah.. now bergelar isteri kepada Zulhilmi Mat Zain, someone dearest in my life.. but before that x pernah terfikir diri sendiri ni macam mana bila sayang pada someone.. bila reflect balik, masyaAllah.. bila kita jaga perasaan kita supaya tak senang2 bagi pada stranger (before kahwin), effect nya selepas kahwin, pergh! Penuh rasa cinta, mahabbah, kesyukuran.. kalaulah kita boleh bayangkan mcm mana perasaan yang sama, kita ada pada kekasih Allah, Nabi Sallallahu alaihi Wasallam.. dan kepada Allah, Robbul ‘Izzati, pencipta kita sendiri..lagi lah specialnya!

     Erm.. nak cerite sikit (dunno if later akan jadi panjang ceritanya hehe) bagaimana perkenalan dengan Zulhilmi Mat Zain.. sebenrnya kitorang drpd U yang sama (USM)..bekerja di bawah satu persatuan yang sama, cuma portfolio yang berlainan..kenal dah lama, tapi xada develop any feelings because were not into that.. so what happen i spoke to one of my kakak naqibah that i was ready for marriage at the end of my pengajian.. and she nodded..and what happen was she introduced me to this guy(i called him Ustaz Zul masa tu)- because senang buat keja x lagho..nk panggil nama je nnt melagha sakan. hehe. and kami pun berkenalan dengan ustaz n ustazah punya assist, untuk proses penyesuaian n pengenalan. Seriously masa tu x kenal sangat dia.. tapi dalam hati yakin bahawa inshaAllah dia seorang yang baik, dan soleh.. dan sepanjang proses kami pun, saya sangatlah bergantung kepada decision family utk terima dia atau tidak.. sebab pada saya, kalau mak dan ayah saya redho dia orangnya.. inshaAllah dengan redho itulah kami akan live so long together.. :) 
dan decisionnya mak abah redho dengan pilihan ini..bahkan depa pulak yang excited nk percepatkan akad nikah kami.. :') 
Kita selalu buat rasa plan kita adalah the best plan, but we forgot ; Allah is always the best planner..
Dan Alhamdulillah, kami diikat dengan tali pernikahan pada.. 25 Oktober 2015.. tahun lepas.. aiwah, mcm lama aje bunyinya kan ^^, padahal bru 4 bulan.. dan Alhamdulillah.. never thought marriage to be this blessed.. full of surprises, full of loves.. full of things that i never expected.. Allahu... Luasnya kasih sayang Allah pada kita.. 

[Belanja gambar sikit]


Abang, thank you very much for accepting me as your wife. I couldn't have imagine a prince like you really exist and become mine(Alhamdulillah 'ala kulli hal). I truly hope that this relationship will be last forever, ever and ever.. Walaupun dah tua nanti, gigi xde, kulit berkedut, mata sepet, hidung tak mancung dah pun, we still can laugh like old times. :') teringat kata kata tokwan masa lepas nikah tu..abang ingat? "kalau jadi apa apa, bawa berbincang, jangan kalut2" huhuhu. May Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang.. jadi keluarga kita akan overwhelmed by kasih sayang Ilahi..InshaAllah..

Menuju Kesempurnaan Cinta - Cinta Ilahi, Cinta Hakiki~




.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Monday, January 6, 2014

Baiknya dia..



Seringkali ku melihat sahabat sahabat yang sangat indah akhlak mereka,
merasakan indahnya berukhuwwah kerana ALLAH taala.

dan sesekali aku terfikir,
jika inilah akhlak terpuji yang pernah aku lihat,

percayalah, 


akhlak RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM lagilah terpuji,

andai aku berada pada zaman RASULULLAH, 
sungguh, aku akan jatuh cinta berkali kali dengan akhlak rasulullah.

ALLAH, sampaikan aku kepada kekasihMu......

sunggguh, sahabat yang soleh dan solehah mampu mengingatkan kita kepada ALLAH dan rasulNya...

.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.



meminta, atau memohon.. kedua dua nya mempunyai tujuan yang sama, iaitu menginginkan sesuatu daripada Dia..

aku percaya,
jika aku, dan kamu mempunyai tahap percaya kepada ALLAH yang tinggi,
aku dan kamu juga akan mempunyai satu nilai yang dikurniakan ALLAH subhanahu wataala iaitu politeness, atau pun kita panggil bahasa melayunya, adab.

adab.

ya.. inilah yang seringkali dikatakan apabila berhadapan dengan orang yang tak sama taste ngan kita..

kerana adab yang aku dan kamu develop waktu berdoa itulah,
adab itu di implementkan apabila menghadapi hambaNya juga..

kerana apa ?? kerana kita telah merendah kan ego kita, semasa meminta kepada Nya,..

masih, apabila aku dan kamu tidak ada taste yang sama, bukanlah aku meminta kamu menerima taste aku, dan kamu kena akur dengan taste aku. tapi disebabkan Dia menciptakan kita dengan berbagai-bagai jenis ragam, kita meminta kepada Dia supaya satukan hati kita..


terima kasih kerana menerima aku seadanya.
definitely, ALLAH jualah tempat kita kembali.
.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Isam ibn yusuf

         Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara: * Bertaubat; * Menyesali dosa yang telah dilakukan; * Tidak tergila-gilakan dunia; * Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya'); * Tinggalkan sifat berbangga; * Tinggalkan sifat khianat dan menipu dan; * Meninggalkan sifat dengki. Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan: 1. Aku sedang berhadapan dengan Allah; 2. Syurga di sebelah kananku; 3. Neraka di sebelah kiriku; 4. Malaikat Maut berada di belakangku dan; 5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya. Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim Sabda Nabi s.a.w, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Moga-moga dapat diamalkan bukan sahaja untuk bersolat tetapi juga dalam kehidupan harian kita.

.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Thursday, December 5, 2013

cipta kemanisan.. jangan tunggu kemanisan mai kat kita - quoted from iswandi ishak

Assalamualaikum, baru semalam menerima berita tentang kembalinya ALLAHyarham ke pangkuan Pencipta kita, ALLAH subhanahu wataala, begitu merentap jiwa. seakan akan diriku berada di awang2an menerima berita tersebut..

lepas balik daripada kelas(ada dua kelas pagi ni), barulah blh process maklumat y diterima pagi td..

ALLAH, yang pergi x akan kembali..

Allah yang menghantar kita ke bumi utk memakmurkan bumi,
Allah itu jualah yang memanggil kita, bila2 sahaja yang dikehendakiNya.

betapa besar kuasa ALLAH, jika nk dibandingkan dengan kuasa kita ; nak ini dapat. nak itu, dapat.

pemergianmu, sahabat perjuangan, betul2 membuka mata kami utk terus istiqamah di jalannya..

benarlah, sama ada menang, atau mati syahid..
dan dirimu telah memperoleh syahid inshaa Allah.

ALLAHyarham seorang yang sangat baik,
diri ini bukanlah seorg y rapat dengannya tp inshaa ALLAH,
hanya dengan melihat wajahnya y tenang dan senyum. inshaa ALLAH soleh orgnya..(bg saya mmg soleh)

beliau dapat mem balancekan tarbiyah, dakwah dan siyasah dalam kehidupannya.
idea ideanya sangat bernas, mmg susah nk jumpa org mcmni..

sahabat bercerita, bahawasanya beliau seorg y sangat berdisiplin, baik di rumah mahupun di asrama.
tambahan daripada ibunya sendiri, sepanjang hidupnya, mmg ibunya xpnah terasa hati denganya..


huhu,
betui la.

kematian mampu membuat kita refleks diri kita.
bayangkan kita di tempat ustaz wandi,
agak agak org nk kata apa selepas ketiadaan kita. :(

ALLAHUMMAGHFIRLAHU WARHAMHU....

tenanglah dikau di sana,
kami di sini inshaa ALLAH akan menyambung mata rantai perjuangan ini..

jom sahabat2....

menang, atau mati syahid!!

p.s teringin nk mati syahid... teringin nk meninggal hari jumaat.... teringin nk meninggal dalam keadaan y baik(husnul khatimah).... bnyak lagi kerja dakwah y perlu diselesaikan!
.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Monday, June 17, 2013

Muqaddimah riyadhussolehin - imam nawawi

mereka menceraikan dunia - mengasingkan diri dari dunia - kerana takutkan fitnah

mereka memeriksa segala sesuatu di dunia itu dan setelah mengetahui bahawa dunia itu bukan tanahair bagi setiap mereka yang hidup

maka mereka menganggap dunia itu sebagai kolam air dan amalan amalan soleh dijadikan sebagai perahu perahunya..

[syair arab]

(petikan dari syarh riyadussolehin, muqaddimah riyadh solehin by imam nawawi)


.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Friday, June 7, 2013

demam exm..

Assalamualaikum wbt..

apa khabat bloggers sekalian? eewah mcm banyak pula bloggers y datang sini.. update pun jarang2 dah sekarang. :) maaf yea.. busy sikit bila masuk U ni..

now i'm 21 year old n will be sitting for final exm this 11,12,14 n 19 of june. wow wow wow... very nervous! but inshaa Allah ill do my best!!

currently berada di rumah sempena stdy week.. ada kekangan belajar waktu stdy week ni..hm. xselesa tempat study.huu. rumah terlwbih selesa plak. ops. hhehe. ok lah ya. nnt jmpa lagi i shaa Allah.. (berleter banyak sangat)~~


.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

Monday, July 30, 2012

..dosa berdusta atas nama pihak lain..



Apabila berpuasa, ramai yang cuba menjaga lidahnya agar tidak berbohong. Ada yang akan berkata: “Masakan aku berbohong ini bulan Ramadan”. Berbohong sebenarnya haram tanpa mengira bulan. Sudah pasti berbohong pada bulan Ramadan akan merosakkan pahala puasa dan meningkatkan dosa kerana tidak menghormati bulan yang mulia.

Guna Nama Allah

Di sana ada beberapa jenis pembohongan. Setiap pembohongan itu mempunyai dosa yang berbeza. Perbohongan yang paling besar dosanya ialah berbohong menggunakan nama Allah. Ini disebut sebagai al-iftira ‘ala Allah kaziban (mengada-adakan dusta terhadap Allah). Mereka yang melakukan dosa ini akan membuat dakwaan tertentu menggunakan nama Allah padahal mereka tidak mempunyai sebarang bukti dari sumber-sumber wahyu. Tidak daripada al-Quran, ataupun as-Sunnah yang thabit (diterima). Banyak ayat dalam al-Quran Allah menempelak perbuatan ini. Antaranya dalam Surah al-Nahl, ayat 116: (maksudnya) “dan janganlah kamu berdusta dengan apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”.

Antara dusta kepada Allah ialah dengan mengeluarkan fatwa ‘haram’ ataupun ‘halal’ tanpa sebarang dalil yang sah. Umpamanya, Allah telah menjadikan semua urusan kehidupan ini halal kecuali apa yang diharamkan Allah melalui al-Quran dan as-Sunnah, tiba-tiba seseorang mengeluarkan fatwa haram tanpa sebarang bukti seperti mengharamkan makanan ataupun pakaian ataupun hiburan tertentu yang tidak ada asas untuk diharamkan. Ini adalah dosa yang paling besar dalam senarai pembohongan.

Allah berfirman: (maksudnya) “katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan) kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkan) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-A‘raf, ayat 33).

Maka kita hendaklah berhati-hati dalam memperkatakan sesuatu menggunakan nama Tuhan kerana itu merupakan dosa yang terbesar. Dalam al-Quran, Allah menempelak Ahlul Kitab (People of the Book) disebabkan mereka membuat dakwaan agama atas nama Allah dengan rekaan mereka sendiri.

Guna nama Nabi

Pembohongan kedua terbesar dosanya ialah berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. ataupun Nabi-Nabi yang lain. Ini seperti menyandarkan sesuatu yang bukan hadis yang sabit kepada baginda. Mereka yang membuat dan menyebarkan hadis palsu sama ada dalam ceramah, buku, internet, sms dan sebagainya termasuk dalam dosa ini. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Ini termasuk mereka pengeluar produk perubatan ataupun makanan tertentu yang mengaitkan nama Nabi s.a.w. Tujuan mereka melariskan jualan, sedangkan hakikat makanan Nabi s.a.w itu tidak seperti yang didakwa, ataupun rekaan semata seperti ‘kayu koka’, buah kismis dan seumpamanya.

Dosa menyebarkan hadis palsu ini terlalu besar dan pada hari ini melibatkan ramai pihak. Ini kerana kemudahan teknologi menyebabkan dengan mudah manusia menghantar ataupun menyebarkan maklumat yang diterima. Contohnya pada bulan Ramadan disebarkan hadis palsu tentang fadilat setiap hari tarawih, sehingga kononnya ada hari yang pahalanya melebihi atau menyamai nabi tertentu. Ini adalah dusta. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah: Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya. Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322)

Guna nama tokoh agama

Dosa pendustaan yang berikutnya yang besar ialah berdusta menggunakan nama sahabah, tabi’in, para ulama dan tokoh-tokoh umat yang dipercayai. Ini kerana pendustaan jenis ini mempunyai kesan yang berat terhadap masyarakat. Masyarakat akan mudah terikut apabila sesuatu perkataan ataupun perbuatan yang disandarkan kepada golongan ini. Contohnya dalam masyarakat kita menjelang bulan Ramadan ada yang mencari kesempatan mengumpulkan kekayaan dengan membuat ‘borang pahala’ yang kononnya sesiapa yang membelinya akan dapat mengirimkan pahala kepada si mati. Pahala dijadikan jualan dalam agama. Ini sama seperti amalan gereja yang ditentang oleh golongan pembaharuan seperti Martin Luther pengasas Protestan. Ia hanya kesempatan yang digunakan oleh golongan tertentu mengaut kekayaan atas nama agama. Malangnya, ada yang melakukan hal ini dalam masyarakat dan mendakwa kononnya ini amalan ataupun keizinan yang diberikan oleh al-Imam as-Syafie r.h. Sedangkan imam yang mulia itu hidup dalam penuh kewarakan dan kezuhudan. Sama sekali tidak memakan harta orang lain dengan menggunakan nama pahala Tuhan. Pendustaan seperti ini merupakan dosa yang besar.

Guna nama orang Lain

Dosa pendustaan yang berikutnya adalah menyandarkan sesuatu perkataan ataupun perbuatan kepada pihak lain selain dari yang disebutkan di atas. Kadar dosa itu diukur dengan kesan yang diterima oleh pihak yang didustai. Ia kadang-kala boleh mencetuskan permusuhan dan salahfaham. Ini termasuk dalam dosa zalim, dusta dan konspirasi mengajak pihak lain berkongsi kejahatan. Firman Allah dalam Surah an-Nur (maksudnya) "Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".

Maka, sempena Ramadan pastikan kita berjaya melepaskan diri daripada dosa pendustaan ini. Demikian juga selepas Ramadan kita tidak akan menceburkan diri dalam dosa-dosa besar ini.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis dan kini zamil di Universiti Oxford

.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.