Entry kali ni nk cerita pasai soklan2 popular selepas ja kedua mempelai kawin..
ahaa.. apakah soalan2nya?
jeng jeng jenggg.. jom kita tengok : -
- Dah ada anak kaa?
Tips nk jawab soalan ni? senang ja.. "Inshaa Allah ada, tolong doakan.." sambil senyum2 okey. Jadi nanti si penanya tu pun segan la nk tanya lebih2.. kalau dia tanya lebih2 hampa lari la pi buat kalut kat dapoq ka apa..sebab apa? sebab org mcmni jenih x gheti nk hormat org len..haha drpd kita sakit ati, jom kita buat pahala len.. :P
- Dah keja ka?? (untuk isteri)
Biaqlaaaa dia nk duduk rumah, mana tau kalau suami dia mampu n tak bagi dia nk reja n fokus pada anak2 ja ? ha kan ada point situ.
Tak pun, dia ekceli tgh struggle cari reja, intebiu sana intebiu sini tapi still xdak rezeki.
Dok komplen sangat.. awat makcik ja tak carikan kerja untuk saya? :P
- Takkan anak sorang je? (bila dah ada anak sorang)
- Duduk rumah sewa ke beli? (Untuk yang menetap di bandar)
- Berapa rega rumah? (untuk yang dah ada rumah sendiri)
- Kereta hutang lagi ke dah habis bayar? (Untuk yang pakai kereta lama)
- Rumah dah beli ka? (untuk yang beli kereta dlu sebelum rumah)
Jadi untuk yang suka tanya soalan2 mcm atas ni, kalau anda berniat nak tanya2 khabar ja baguslah. Tapi kalau ada niat nak sindir, nak membawang dengan makcik lain pulak.. lupakanlah dan stoppp lah daripada buat dosa2 ni yee.
Tips untuk jawab soalan2 dekat atas ni pulak, mcm ceq habaq tadi, sama ada mintak dia doakan yang baik2 atau buat2 busy kat dapoq/kereta/kemas rumah.
Satu lg cara? Hampa senyap ja bila ditanya soalan2 yang tak favour ni.. sembang ngan makcik lain hehe. atau buat2 tengok wasap walaupun takdak sapa yang wasap..
Sekiann. :D
Smoga Allah merahmati rumah tangga kita dengan kasih sayang yang melimpah ruah.
0 kalam anda:
Post a Comment