Monday, January 6, 2014

Isam ibn yusuf

         Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara: * Bertaubat; * Menyesali dosa yang telah dilakukan; * Tidak tergila-gilakan dunia; * Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya'); * Tinggalkan sifat berbangga; * Tinggalkan sifat khianat dan menipu dan; * Meninggalkan sifat dengki. Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan: 1. Aku sedang berhadapan dengan Allah; 2. Syurga di sebelah kananku; 3. Neraka di sebelah kiriku; 4. Malaikat Maut berada di belakangku dan; 5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya. Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim Sabda Nabi s.a.w, ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya. Moga-moga dapat diamalkan bukan sahaja untuk bersolat tetapi juga dalam kehidupan harian kita.

.: Syukran, moga sama2 menambah ilmu =] :.

0 kalam anda: