Sunday, June 26, 2011
berdiam diri atau berkata baik sahaja
Friday, June 17, 2011
cerita tentang subuh..
assalamualaikum.. ini adalah cebisan karya yang kutemui di facebook baru2 ini.. sngt mnyentuh hati..
mari membacanya..
"Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain. saya menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum ", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... saya baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.
"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah saya menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.
"Oh ya, tadi saya lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.
Di situ saya meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".
Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. saya fahami maksud Subuh.
"Maaf Subuh. saya tiada menanam pohon Al-Lail, jadi saya tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi saya ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.
"Baiklah, ambilkan saya sedikit, serta bawakan saya segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.
saya agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Namun. saya tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. saya terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan saya berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.
"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku. saya memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
"Saya perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana saya menguliti mimpimu".
Dan saya akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah saya kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
"assalamualaikum ", seru Subuh.
"waalaikumsalam ", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.
P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam diri
Thursday, June 16, 2011
ke gentle man rasulullah s a w =]
stalker
USM
Tuesday, June 14, 2011
(Surah an-Nur : 30 - 31)
Sunday, June 12, 2011
my other half..
Saturday, June 11, 2011
for.... you. hehe
""Saya rasa awak suka saya....
Saya pun rasa saya suka awak...
Tapi saya taknak kita jadi macam orang lain....
Saya nak berkat Allah...
Biarlah awak fikir saya sombong taknak layan awak..
...Biarlah apa pun orang nak cakap...
Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya ni layak jadi ibu kepada anak-anak awak...
Jumpalah mak ayah saya ye...
Kita bercinta lepas nikah...."""
kadang - kadang,
bila dia menolak,
bila dia menjauh,
bila dia mengelak,
bukan sebab dia membenci kamu…
bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…
tapi kerana dia tahu,
dan kerana dia sedar,
ini bukan caranya,
ini bukan masanya,
walaupun dia punya rasa yang sama.
dia melakukan itu,
kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…:) yakinilah janji Allah, insyaAllah, x perlu lah mencari cinta yg penuh pura2 buat msa ini.. cintailah Allah sepenuh hati, pasti cinta si soleh wa musleh bakal ditemui.. aminn :)